Pembentangan Lisan

  1. Pembentang amat digalakkan menggunakan Bahasa Malaysia.
  2. Hanya seorang pembentang dibenarkan berucap bagi setiap kertas kerja.
  3. Setiap pembentangan diberi masa 10-15 minit untuk pembentangan termasuk sesi soal jawab.
  4. Sila bawa bahan pembentangan dalam bentuk CD atau pemacu pena (pendrive).
  5. Pihak urus setia tidak menyediakan khidmat mencetak dan fotokopi pada hari persidangan.
  6. Pembentang diminta menyediakan slaid dalam Microsoft Powerpoint (serasi 2010) atau PDF.
  7. Bagi memastikan kelancaran persidangan, pembentang disaran untuk datang lebih awal dan memuatnaik fail slaid persidangan ke komputer sebelum sesi pembentangan bermula.
  8. Kertas kerja yang tidak dibentangkan tidak akan dimasukkan ke dalam prosiding.